Wednesday, December 12, 2007

Khidmat Masyarakat - Ibrahim Ithnin

Assalamualaikum untuk semua...

Saya baru mendapat email ini daripada rakan sekerja dan rasa terpanggil untuk cuba menolong walaupun sedikit.

Saya amat berharap kepada semua rakan rakan yang perihatin terutamanya yang beragama Islam marilah kita hulurkan sumbangan tidak kira wang apa sahaja yang boleh mengurangkan bebannya.

Sekian..


webmaster
http://iliyas.com
http://sempoiweb.com

Sunday, February 25, 2007

- Keselamatan Apabila Memindah Terima Perisian

  1. Keselamatan Apabila Memindah Terima Perisian

ADA banyak sumber perisian dalam Internet yang boleh dipindah terima (download). Namun, tahukah anda yang mana berguna, yang mana membazirkan masa, yang mana lebih merbahaya dan yang mana memberi kebaikan? Ini sukar dipastikan, namun anda boleh menilainya dari aspek kestabilan dan kebolehpercayaan. Amat sukar, jika tidak mustahil, untuk mencuba semua program yang tersenarai dalam Internet. Anda perlu mengambil risiko atau bertangungjawab terhadap apa yang dilakukan perisian berkenaan terhadap PC anda.

Jadi, berhati-hati ketika memindah terima. Sedarilah, Web kini menjadi medium maklumat yang dinamik, dan selalu berubah. Contohnya, jika sesuatu pautan (link) itu masih berfungsi hari ini, mungkin sebaliknya hari esok atau lusa. Begitu juga harga, versi, kategori dan lain-lain lagi, tertakluk kepada perubahan. Jadi, bersedialah untuk mencari lagi. Malah, tidak semua perisian dibekalkan serasi dengan semua sistem operasi (OS). Jadi, semaklah dan pastikan program yang dipindah terima itu berfungsi dengan OS anda atau tidak.

Anda perlu lebih awas jika memindah terima dan memasang aplikasi Freeware dan Shareware pada sistem di dalam rangkaian atau di tempat kerja. Ada program tertentu (seperti permainan) yang mungkin kelihatan baik fungsinya, tetapi boleh mengancam dan menganggu rangkaian. Ini tidak mustahil jika virus 'disuntik' pada program ini dan ia bebas 'mengamuk' setelah dipasang. Malah, jika ramai pekerja menemui program tersebut dalam komputer pelayan dan dipasang untuk kegunaan sendiri, maka pelayan pun boleh 'lumpuh'.

seterusnya

Tip memilih papan kekunci & tetikus terbaik

Tip memilih papan kekunci & tetikus terbaik
Papan kekunci dan tetikus merupakan gandingan dua peranti input yang lazim digunakan dan saling melengkapi antara satu sama lain sebaik sahaja PC dihidupkan.

Biasanya, sebuah komputer peribadi (PC) gagal dikendalikan dengan baik jika tidak dilengkapi dengan peranti input yang sesuai. Kebanyakan aplikasi dan aktiviti pengkomputeran terkini juga memerlukan peranti input yang lebih baik dan fungsi lebih canggih.

Melihat kepada barisan produk yang terdapat di pasaran, pengguna berpeluang memilih mana-mana model, dari asas hingga yang lebih canggih. Papan kekunci dan tetikus tidak lagi terikat dengan reka bentuk yang standard, sebaliknya ada yang dilengkapi bebutang fungsi lebih banyak. Selain mengekalkan model dengan standard PS/2, model dengan standard USB juga ada, dan yang terkini model tanpa menggunakan wayar.

Seperti yang kita ketahui, kedua-dua peranti input ini memiliki komponen mekanikal yang boleh bergerak. Pada papan kekunci, komponen bebutangnya (contohnya, spring) akan bergerak apabila ditekan, manakala pada tetikus melibatkan pergerakan bebutang,

seterusnya

Tuesday, February 13, 2007

10 Tip Untuk Membeli Laptop


10 Tips Penting Membeli Notebook NOTEBOOK kini sama pentingnya dengan komputer PC atau lebih dikenali dengan desktop. Ini adalah kerana notebook lebih ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja. Pada masa ini notebook bukan sahaja digunakan oleh golongan professional malah para pelajar turut menggunakannya kerana ia lebih selesa untuk digunakan terutamanya dalam kerja-kerja atau tugasan berkumpulan dan juga untuk membuat persembahan (presentation). Anda bagaimana, sudah memiliki notebook? Jika belum, saya hendak memberikan beberapa tips (yang saya gunakan) yang mungkin berguna untuk anda ketika hendak membeli notebook. Tips ini mungkin sangat berguna bagi mereka yang tinggal di Lembah Kelang.


Sunday, February 11, 2007

PENGENALAN

Dalam dunia yang serba canggih ini, boleh dikatakan hampir kesemua sektor utama telah memanfaatkan penggunaan IT. Jika tidak menggunakan teknologi termaju dalam bidang IT, sekurang-kurangnya Internet pasti digunapakai. Ini adalah kerana seperti yang kita sedia maklum, Internet dianggap sebagai gedung untuk menggali ilmu dan juga perantaraan untuk berkongsi ilmu samada untuk urusan perniagaan ataupun bertukar-tukar idea.>> Seterusnya